Buckeye (ayam)
Buckeye (ayam)

Buckeye (ayam)

Buckeye adalah satu baka ayam yang berasal daripada negeri Ohio, Amerika Syarikat. Ia mula dihasilkan pada awal kurun ke-19. Buckeye adalah satu-satunya baka ayam yang diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika yang dibangunkan oleh seorang wanita. Buckeye juga satu-satunya baka ayam dalam kelas Amerika yang memiliki balung kacang (pea). Buckeye kini disenaraikan dalam status "Dalam Pemerhatian" oleh The Livestock Conservancy. Namanya berasal daripada nama gelaran bagi negeri Ohio iaitu "negeri Buckeye". Warna mahoganinya dikatakan menyerupai biji tumbuhan Ohio Buckeye (Aesculus glabra). Buckeye merupakan baka ayam dual-guna yang mana diternak bagi mendapatkan daging dan telurnya. Buckeye mempunyai kulit berwarna kuning dengan telur berwarna perang.

Buckeye (ayam)

Warna telur perang
Negara asal Amerika Syarikat
Jenis balung Pea
PCGB bulu lembut jarang: berat[4]
Warna kulit kuning
APA Amerika[3]
Berat Jantan: 9 lb (4.1 kg)[2]
Status pemuliharaan dalam pemerhatian[1]

Rujukan

WikiPedia: Buckeye (ayam) http://www.americanbuckeyepoultryclub.com http://www.albc-usa.org/cpl/buckeye.html http://www.albc-usa.org/documents/ALBCchicken_asse... http://www.americanbuckeyeclub.org http://www.livestockconservancy.org/index.php/heri... http://www.slowfoodusa.org/index.php/programs/ark_... https://archive.org/details/howtoraisechicke00hein https://web.archive.org/web/20100504174546/http://... https://web.archive.org/web/20171104135004/http://... https://web.archive.org/web/20180612143235/http://...